Lokasi Program
Program Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT) 2012 bakal berlangsung dari 25 April sehingga 27 April 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) yang terletak di Presint 3, Putrajaya. Masjid ini bertentangan dengan bangunan Mahkamah Persekutuan (Palace Of Justice).
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62500 Putrajaya.
Bagaimana mahu ke lokasi menggunakan pengangkutan awam?
1) Bagi yang bercadang untuk menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan bas Rapid KL.
2) Turun di Stesen KTM Serdang, naik jejantas untuk melintas ke seberang jalan (bertentangan Stesen KTM Serdang)
3) Kemudian, naik bas Rapid KL U42 dari Stesen KTM Serdang untuk ke Putrajaya.
4) Turun di hadapan bangunan Palace Of Justice (Mahkamah Persekutuan).
5) Masjid TMZA (Masjid Besi) betul-betul berhadapan dengan bangunan POJ (atau boleh minta kepada pemandu bas untuk turunkan anda di Masjid TMZA.