• Home
  • Siapa Kami?
  • Senarai Peserta
  • Aturcara Program
  • Lokasi
  • Keperluan Peserta
  • Maklumat Perhubungan
  • Galeri
  • Siapa Kami?

    IKRAMTeens
    IKRAMTeens ialah sebuah kelab remaja yang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan potensi diri remaja dan bernaung di bawah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan IKRAMTeens, sila klik pada logo.


    IKRAM IPT Pusat
    IKRAM IPT adalah  sebuah institusi mahasiswa yang ditubuhkan di atas inisiatif Pertubuhan IKRAM Malaysia di bawah jawatankuasa Pemuda IKRAM.. 



    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII,  Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009. 


    Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau "PALACE OF JUSTICE". Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa. Untuk mengetahui aklumat lanjut berkenaan Masjid Tuanku Mizan, sila klik pada logo.