• Home
  • Siapa Kami?
  • Senarai Peserta
  • Aturcara Program
  • Lokasi
  • Keperluan Peserta
  • Maklumat Perhubungan
  • Galeri
  • ERAT 2011

    Tuesday, April 19




    PENGENALAN

    Eksplorasi Remaja Ambang IPT 2012 (ERAT ’12) ialah program tahunan anjuran IKRAM IPT Pusat, IKRAMTeens Wilayah Persekutuan dan IKRAMTeens Pusat serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ( Masjid Besi ) . Sasaran peserta untuk program tahunan ini ialah pelajar lepasan SPM 2011, STPM 2011 dan matrikulasi sesi 2011/12 terutamanya dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Di sebalik tabir ERAT ’12 ini, terdapat puluhan orang mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara bersatu berpadu tenaga demi menjayakan program ini, di samping sumbangan keringat oleh tokoh-tokoh akademik, pakar motivasi dan juga aktivis kemasyarakatan.

    Pada tahun ini, penganjuran ERAT ’12 sudah masuk tahun ke-7 sejak tahun 2006 yang asalnya menggunakan nama Ekplorasi Menara Ilmu (EMI). InsyaAllah, dengan kejayaannya menganjurkan satu lagi program pada tahun ini, ia akan mencatat sejarah sebagai salah satu program utama dalam mendidik pelajar menuju gerbang dunia mahasiswa yang sarat cabaran.

    RASIONAL

    Bagi pelajar lepasan SPM, tempoh pra-universiti yang lazimnya memakan masa setahun hingga dua tahun merupakan period transisi yang begitu penting. Sepanjang tempoh ini, para pelajar sewajarnya dipersiapkan dengan pelbagai cabang ilmu demi mengukuhkan lagi persediaan sebelum melangkah ke alam universiti dan setaraf yang jauh lebih mencabar.

    Pelajar Muslim bukan sahaja perlu cemerlang dari segi intelek, sebaliknya turut mapan daripada aspek kerohanian, akhlak, emosi dan jasmani. Demi melahirkan bakal mahasiswa yang bersiap-siaga menuju ke dunia baru, maka inilah inisiatif badan bukan kerajaan yang aktif di lapangan ummah; IKRAMTeens Wilayah Persekutuan dan IKRAMTeens Pusat bersama IKRAM IPT dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam menganjurkan ERAT ‘12 yang menggabungkan metodologi pendidikan bertunjangkan nilai-nilai Islam.

    Di samping itu, penekanan turut diberikan pada elemen-elemen keperibadian Islami yang diserapkan di dalam setiap slot dan modul. Hal ini cukup penting demi menyemai kefahaman bahawa kejayaan yang ingin digapai merangkumi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Melalui mesej yang disampaikan melalui pelbagai kaedah, adalah diharapkan generasi hadapan kita bakal berjaya menangkis serangan pemikiran dan ideologi yang lazimnya menimpa belia kini.

    Selain itu, ERAT ‘11 turut menghidangkan acara-acara lasak yang menguji fizikal dan juga emosi peserta. Aktiviti sebegini penting sebagai pengukuhan jiwa untuk hidup berkomuniti apabila berada di IPT kelak. Semestinya corak hidup seorang pelajar memerlukan hubungan kolektif sesama rakan tanpa mengabaikan syariat.




    “One Small Step in Campus Life,

    One Big Leap for Ummah..”


    1 comments:

    1. SHAH said...:

      Salam, bagaimana nak check nama anak yg telah register utk prog ERAT? Nama anak: Amirul Mukminin Bin Shahrizal

    Post a Comment